Thursday, July 29, 2010

Leftenan Adnan

Leftenan Adnan dilahirkan pada tahun 1915 dan meninggal pada tahun 1942.Beliau menikah kepada seorang wanita yang bernama Sophia Pakir.Isterinya berlahirkan kepada dua budak lelaki dan seorang anak perempuan yang meninggal selepas dilahirkan.Sophia Pakir meninggal pada tahun 1949.Pada tahun 1933,beliau memasuki Rejimen Askar Melayu.Setahun kemudian,beliau telah dipilih sebagai rekrut terbaik.Pada tahun 1936,beliau dilantik ke pangkat Sarjan.Beliau dan keluarganya tinggal di Pasir Panjang dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.Leftenan Adnan dan askar-askar lain berlawan hingga akhirnya.Mereka berlawan hingga amunisi dan makanan habis.

Wednesday, March 17, 2010

Hang Nadim








"Dulu Temasek sekarang Singapura,
Mari mengenang sejarah negara.
Sejarah todak di Singapura,
Hang Nadim bijak penyelamat negara."





Hang Nadim

Hang Nadim adalah seseorang budak lelaki yang menyelamatkan Temasek (Singapura) dari serangan todak. Sejarah Singapura dilanggar todak menceritakan bagaimana selepas seorang wali dari Pasai, Tuan Jana Khatib dibunuh oleh Paduka Seri Maharaja Singapura. Apabila ditangkap maka dia bersumpah "Hai kamu semua! Ketahuilah kamu semua! Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja, dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu dan percayalah Singapura ini akan huru hara akan ditimpa malapetaka yang dahsyat. Dan ikan todak yang begitu banyak bilangan menyerang Singapura tidak lama kemudian.



Todak datang Todakmenyerang Singapura berlompatan dan menyerang semua orang yang berada di pantai. Mereka semua mati diserang todak. Seri Maharaja Singapura menyuruh rakyat jelata berkotakan betis tetapi orang ramai terus menerus mati. Pada waktu itulah ada seorang kanak-kanak yang bijaksana muncul berikan pandangannya, Hang Nadim namanya.


Katanya "Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya? Idea bernas dari budak tersebut telah menyebabkan semua todak yang melompat itu lekatlah jongornya tercacak kepada batang pisang itu, yang kemudiannya dibunuh oleh orang-orang pantai. Ada seekor todak yang melompat ke atas gajah Paduka Seri Maharaja terkena baju baginda hingga terkoyak dan dijadikan seloka oleh orang ramai yang berbunyi,
"Carik baju dilompat todak"
"Baharu menurut kata budak".

Sebaik sahaja kembali di istana orang besar istana mencadangkan agar Hang Nadim dibunuh. "Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku". Mereka bimbang apabila sudah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar istana supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana tetapi pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Dia diseret ke tengah halaman dan tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh keatas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris tanpa belas kasihan lalu mati.

Begitulah sejarahnya...KEZALIMAN RAJA MEMBAWA PADAH...

Selamat membaca...... :)